beware

Wednesday, 15 May 2013

DEFINISI MEMBACA


Apa itu bacaan?

Menurut Raminah Hj. Sabran & Rahim Syam (1985;137) membaca dianggap sebagai menggabungkan beberapa kemahiran iaitu kemahiran penglibatan yang diskriminatif (untuk mengenal & membezakan bentuk-bentuk huruf), kemahiran mengingat, mendengar, & membezakan bunyi-bunyi yang dilambangkan oleh huruf-huruf, menggabungkan penyebutan bunyi-bunyi itu untuk membentuk perkataan & berkebolehan pula memindahkan lambang-lambang yang dibacanya itu kepada sistem saraf pusat untuk menterjemah & memahami apa yang dibaca. Membaca juga merupakan proses memperoleh tafsiran yang bermakna ke atas lambang-lambang bercetak dan bertulis (Harris & Sipay, 1980). Membaca ialah proses mencari makna. Anda belum membaca selagi anda tidak memahami (Safiah Othman, 1991). Membaca dapat membina jambatan antara pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru yang terletak di permukaan bertulis (Mahzan Arshad, 2003).

Membaca didefinisikan sebagai proses memperoleh tafsiran yang bermakna ke atas lambang-lambang bercetak atau bertulis. Membaca juga dimaksudkan sebagai kebolehan seseorang mengecam bentuk visual dan menghubungkan bentuk itu dengan bunyi ataupun makna yang diketahui melalui pengalaman dan akhirnya berupaya mentafsirkan maknanya. Membaca adalah asas pembentukan diri ke arah mendapatkan ilmu pengetahuan yang boleh menjadikan individu sebagai rujukan sama ada kepada diri sendiri ataupun orang lain. 

TEORI MEMBACA

Terdapat 4 teori model membaca iaitu:
a) Model Bottom-up
b) Model Top-down
c) Model Interaktif
d) Model Trasactional


Apakah itu model Bottom-up?


  • Pengajaran membaca bermula dengan guru membincangkn pengalaman murid tentang sesuatu isu yang dianggap penting @ terkini.

  • Pengalaman murid dicungkil bagi menimbulkan minat mereka dalam perbincangan. Guru juga membincangkan beberapa istilah penting & dapat difahami murid dengan jelas. Guru membincangkan isu-isu yang dianggap berkaitan topik perbincangan dengan lebih terperinci. Setelah perbincangan dilaksanakan dengan berkesan barulah guru membahagikan teks untuk bacaan. Murid membaca teks & cuba mengaitkan kandungan teks dengan topik perbincangan yang telah dijalankan sebelum itu.

Apakah itu model Top-down?



  • Proses pengajaran bermula dengan teks. Guru membahagikan teks kepada murid. Murid membaca teks, sama ada secara senyap atau membaca secara lantang. Guru meminta murid mengambil perhatian terhadap istilah-istilah yang tidak difahami oleh murid.
  • Murid mencari makna perkataan & frasa sama ada berlandaskan hubung kait dalam petikan atau dalam kamus. Guru mengarahkan murid mencari isi-isi penting dalam petikan. Pemahaman teks diteruskan dengan membincangkan setiap pereggan. Maksud keseluruhan petikan dikenal pasti. Guru cuba mengaitkn petikan dengan pengalaman latar murid tentang tema utama, kandungan dan isu yang dibincangkan dalam petikan.

Apakah itu model interaktif?

  • Menurut Yahya Othman (2004) model ini mngandaikan membaca sbg proses yg aktif bg membentuk makna melalui interaksi antara pembaca dgn teks. & jg sbg pola brbentuk pusingan dgn maklumat tekstual & akt mental pmbc wjd pd kdua2 thp ats-ke-bwh dan bwh-ke-atas secara serentak.
  • Model interaktif mencadangkan pembaca membina makna dengan cara mempunyai kuasa memilih maklumat daripada semua makna seperti grafem, fonemik, morfem, sintaksis & semantik tanpa mematuhi mana-mana set arahan. Pembaca pada masa yang sama menggunakan semua peringkat proses membaca.
  • Model ini juga menggunakan cetakan teks sebagai input & makna sebagai output. Bagaimanapun pembaca yang menetapkan input dan mereka berinteraksi dengan teks, memilih menggunakan sedikit isyarat daripada teks bagi tujuan membina makna.

Apakah itu model transactional?

  •  Pada Bill Huitt (1994), peringkat ini mengandungi tiga sub- kategori, iaitu pelakuan guru, pelakuan murid dan keadaan kelas yang mana ketiga-tiganya saling bertindak. Pelakuan guru mengandungi tiga perkara pokok iaitu, perancangan (planning), pengurusan (management) dan pengajaran (instruction). Perancangan ialah segala aktiviti yang dirancangkan oleh guru untuk berinteraksi dengan murid. Pengurusan bermaksud kawalan kelas, iaitu bagaimana guru mengawal pelajarnya supaya semua terlibat dengan aktiviti pembelajaran. Pengajaran pula bermaksud panduan sebenar yang diberi oleh guru semasa menyampaikan isi pelajaran.
  • Kategori kedua, iaitu pelakuan murid/ pelajar ialah apa-apa sahaja yang pelajar akan lakukan dalam bilik darjah, seperti menulis, mendengar, menyoal, bekerja dan sebagainya.  Dan yang dimaksudkan dengan keadaan kelas ialah sama ada kelas itu sesuai atau tidak; seperti gelap, terlalu panas, terlalu sejuk, terlalu bising atau sebaliknya selesa dan kondusif.
  •  Guru, murid dan kelas sama-sama memainkan peranan untuk melahirkan out put yang diharapkan.  Jika ada kekurangan di mana-mana satu daripada 3 komponen ini, maka akan menjejaskan output, atau dalam kata lain, objektif tidak tercapai sepenuhnya.
  • Perkara ketiga dalam modul ini ialah input.  Ia merujuk kepada keadaan guru dan pelajar sebelum memasuki kelas.  Perkara ini termasuklah perkara-perkara seperti sikap guru, pengetahuan, kepercayaan, pemikiran, kemahiran interaksi, pengalaman, kemahiran manipulatif dan juga personaliti.  Demikian juga, dengan pelajar.  Banyak perkara yang ada pada pelajar yang memberi implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran, seperti kebolehan, kemahiran dalam bidang-bidang tertentu, latar belakang keluarga, personaliti dan lain-lain. 





BELAJAR MEMBACA


Proses Membaca


Membaca merupakan aktiviti persendirian yang biasanya berlaku dalam minda seseorang pembaca. Menurut Radha Nambiar et al. (2008), membaca merupakan satu proses kognitif yang penting untuk menentukan keberkesanan proses membaca. Proses membaca juga sangat berkait dengan proses penglihatan. Pembaca akan memulakan proses membaca dengan menfokuskan kepada tajuk teks terlebih dahulu bagi mendapatkan gambaran dan pemahaman am dan sekaligus mengkatifkan skema (Radha Nambiar et al. 2008). Proses ini dibantu oleh daya penglihatan yang mana teks akan diproses sedikit demi sedikit bermula dari interpretasi makna setiap perkataan dan berkembang kepada frasa dan seterusnya ayat sehinggalah merentas ayat. Dalam proses membaca, mata bertindak sebagai panca indera yang menangkap kata-kata dalam bahan bacaan. Kata-kata tersebut kemudian dihantar ke otak untuk dikenali sebagai sebuah kosa kata, kelompok kata ataupun pemahaman sebuah ayat.

       Harris dan Sipay (1980) merumuskan bahawa proses membaca sebagai proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang  bercetak atau bertulis. Marohaini Yusoff (1999) pula menyatakan proses membaca bermula dengan melihat dan mengecam perkataan atau lambang-lambang bahasa yang hendak dibaca. Semasa membaca, seseorang itu perlu berfikir, merasai, dan membayangkan apa yang dibaca. Seseorang murid itu mempunyai tujuan, jangkaan, pengetahuan, dan pengalaman lalu yang akan mempengaruhi apa yang akan dibacanya. Dalam sesuatu proses bacaan terdapat perkara-perkara yang perlu diikuti supaya proses membaca berjalan lancar. Antaranya, ialah:


  •  Mengecam atau mengenal lambang atau perkataan yang dilihat.
  •  Mengaitkan lambang atau perkataan dengan bunyi atau makna.
  • Menterjemahkan makna perkataan itu dengan mengaitkannya dengan apa yang sedia ada di kepala.
  • Mengumpul dan mencantumkan idea, perkataan,dan ayat sehingga menjadi sebuah idea yang lengkap. 
  • Mencuba menghuraikan idea kepada orang lain


Proses Pengecaman
Proses pengecaman melibatkan panca indera, iaitu mata dan telinga. Mata akan merakam maklumat visual teks bacaan sebelum proses selanjutnya, iaitu pengecaman kata yang akan berlaku di dalam otak. Apabila seseorang membaca sesuatu teks, input penglihatan dalam bentuk huruf akan disatukan untuk membentuk perkataan yang bermakna. Kemudian, pemprosesan huruf-huruf berlaku sehingga membentuk perkataan yang bermakna. Pengecaman kata juga boleh berlaku melalui kaedah fonetik yang melibatkan penafsiran bunyi yang dibuat oleh satu huruf tertentu atau gabungan huruf. Rajah dibawah menunjukkan proses pengecaman kata. Setelah perkataan-perkataan dicam dan maknanya diperolehi dalam ingatan jangka panjang, perkataan ini akan dicantumkan untuk membentuk frasa atau ayat yang memberi makna tertentu.

Rajah: Pengecaman kata

Proses Pemahaman
Menurut Zulkiflie Hamid (2006), proses pemahaman adalah proses mental ataupun melibatkan ingatan. Ingatan manusia dapat dibahagikan kepada 3 jenis, iaitu ingatan deria, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Dalam proses pemahaman, ingatan deria akan merangsang bahasa-bahasa yang terpandang atau terdengar. Rangsangan yang penting sahaja akan diproses dan disimpan dalan ingatan jangka pendek. Kemudian, maklumat yang diproses dalam ingatan jangka pendek akan dihantar dan disimpan dalam ingatan jangka panjang. Maklumat yang tersimpan dalam ingatan jangka panjang berperanan penting dalam proses pemahaman ayat. Keadaan ini menunjukkan bahawa, hanya maklumat yang tersimpan dalam ingatan seseorang sahaja akan mudah difahami apabila terdapat maklumat yang cuba disampaikan melalui sesebuah ayat.

Mendekod
Menurut Mahzan Arshad (2003), mendekod ialah suatu proses menukarkan mesej kepada pelbagai lambang yang dapat difahami oleh penghantar mesej dan penerima mesej sahaja. Langkah pertama untuk membaca adalah untuk mengenalpasti permukaan bercetak dan memecahkan kod perkataan, mengenalpasti bentuk ortografik dan memperolehi maksud perkataan berdasarkan kamus makna yang terdapat dalam pemikiran pembaca.



Sistem Kiu
Sistem kiu ialah penanda-penanda yang membantu pembaca dalam bacaan. Menurut Yahya Othman (1983), dalam teks terdapat sistem kiu yang meliputi sistem grafonik, sintaksis dan semantik. Sistem grafonik merupakan sistem bahasa penulisan yang ada kaitan dengan sistem tulisan dan sistem bunyi. Sistem sintaksis pula berkaitan dengan tatabahasa manakala sistem semantik merujuk pada makna bahasa yang terkandung dalam sistem pragmatik bahasa. Sebelum kanak-kanak boleh membaca ia harus mengenal bahasa yang digunakan melalui sistem bunyi, tatabahasa, kosa kata dan susunan perkataan dalam bahasa itu.

       Apabila kanak-kanak mula membaca berdasarkan kiu-kiu penglihatan (visual cues) beserta pengetahuan dan pengalaman, kanak-kanak akan menelah aliran-aliran perkataan dalam bahasa itu. Menurut Smith (1980), kiu-kiu penglihatan merupakan struktur luar yang mengesan lambang-lambang bertulis dalam teks dan aspek makna merupakan struktur dalaman. Dalam proses membaca,  pembaca akan membaca beberapa perkataan dahulu kemudian cuba menelah perkataan-perkataan yang mengikutinya. Pembaca yang cekap menggunakan aspek makna dalam pembacaannya untuk menelah makna teks yang dibaca. Jelaslah bahawa pembaca akan terlibat secara aktif dari segi mental dalam usaha mencari makna.

Rujukan
Mahzan Arshad (2009). Pendidikan literasi Bahasa Melayu: Satu pendekatan bersepadu. Kuala    Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Marohaini Yusoff (1999). Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa 
dan Pustaka.

Radha Nambiar, Noraini Ibrahim & Pramela Krish (2008). Penggunaan strategi pembelajaran Bahasa dalam kalangan pelajar tingkatan dua. Jurnal e-Bangi. Jil 3,Bil 3.

Yahya Othman (2003). Mengajar Membaca: Teori & Aplikasi Pahang: PTS Publications.

Zulkifliey Hamid (2006). Aplikasi psikolinguistik: Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kuala Lumpur: PTS Profesional

MASALAH DALAM MEMBACA



Terdapat dua faktor yang menyebabkan masalah dalam membaca. Antara dua faktor utama iaitu faktor dalaman dan faktor luaran (Mahzan Arshad, 2009). 

EVERY CHILD IS SPECIAL
  • Faktor dalaman melibatkan faktor fizikal dan faktor neorologikal. Faktor fizikal melibatkan kecacatan yang ringan terhadap deria dan tidak akan mendatangkan kesan negatif terhadap kebolehan membaca, tetapi kecacatan yang berat boleh menyebabkan tidak berkeupayaan membaca. Antara kecacatan fizikal yang amat mempengaruhi keupayaan membaca ialah kecacatan penglihatan, masalah pendengaran dan masalah pertuturan (Yahya Othman, 2003).  Kebanyakan masalah tidak berkeupayaan membaca akibat daripada kecacatan penglihatan ini dapat diselesaikan dengan membetulkan aspek penglihatan kerana inilah kebanyakan punca tidak berkeupayaan membaca semula. Mereka yang mempunyai masalah pendengaran pula akan menghadapi masalah untuk membezakan bunyi vokal dan konsonan. 
  • Seterusnya faktor neurological juga tergolong dalam faktor dalaman yang menyebabkan masalah dalam membaca. Faktor neurological boleh dipecahkan kepada beberapa faktor iaitu faktor keturunan, faktor emosi, faktor kerosakan otak, disleksia. Faktor keturunan dapat diatasi dengan mengubah sikap ibu bapa seperti bagaimana ahli keluarga menyediakan persekitaran membaca yang banyak, minat ibu-bapa terhadap kejayaan anak-anak dalam pelajaran dan model bahasa yang ditunjukkan oleh ibu-bapa kepada anak-anak. Faktor emosi pula berlaku apabila pelajar yang gagal membaca akan mempunyai rasa rendah diri, terasing, tidak bermotivasi, kecewa, malas gagal dan sebagainya. Kemudian faktor kerosakan otak boleh diakibatkan oleh kecederaan, penyakit atau bahan toksik yang mencemar otak atau bahagian otak. Seterusnya, disleksia merupakan satu gangguan dalam pembelajaran yang dialami oleh kanak-kanak dan berlanjutan sehingga kanak-kanak itu dewasa. Sesetengah pengidap disleksia mempunyai masalah untuk menyebut perkataan yang panjang dan kesukaran untuk mengikuti turutan perkataan seperti nama bulan dan sifir.

  • Faktor luaran juga menyebabkan masalah dalam membaca. Faktor luaran terbahagi kepada dua iaitu tidak mendapat dorongan dan faktor persekitaran.  Dorongan untuk membaca ini melibatkan sikap ibu bapa serta guru-guru. Masalah membaca yang berpunca dari dorongan ibu bapa dapat dilihat apabila ibu bapa tidak meluangkan masa atau memberi didikan awal kepada anak-anak supaya mahir membaca. Selain itu, masalah membaca juga berlaku apabila ibu bapa tidak menyokong anak-anak dalam pembacaan iaitu tidak menyediakan bahan bacaan di rumah. Dorongan daripada guru juga boleh menyokong pelajar dengan menggunakan gambar rajah dan memberi peluang kepada pelajar untuk mengulang pembacaannya (Mahzan Arshad, 2009).     Seterusnya, beliau juga mengatakan masalah membaca juga berpunca dari persekitaran yang tidak kondusif. Seperti yang kita ketahui, membaca merupakan satu proses pembentukan dan pemberian makna antara pembaca dengan bahan yang dibaca. Persekitaran ini terbahagi kepada empat iaitu pembentukan bahasa, amalan sekolah, keadaan sekeliling dan keadaan bahan bacaan.


 Rujukan:

Mahzan Arshad (2009). Pendidikan literasi Bahasa Melayu: Satu    Pendekatan Bersepadu. Kuala Lumpur: Utusan Publication &   Distributors Sdn. Bhd.

Yahya Othman (2003). Mengajar Membaca Teori dan Aplikasi. Bentong, Pahang: PTS Publications &Distributors Sdn.Bhd.










Friday, 10 May 2013

PEMILIHAN BAHAN BACAAN



Pemilihan bahan bacaan ini merupakan langkah utama yang penting dalam proses membaca supaya diri pembaca memahami keseluruhan teks yang dikemukakan dan mendapat manfaat hasil daripada bacaan tersebut. Lazimnya, setiap individu meminati bahan bacaan yang berbeza mengikut peringkat umur . Hal ini disebabkan bahan bacaan yang memiliki isi kandungan yang berlainan mengikut kesesuaian diri dan tujuan pembaca.

Terdapat dua jenis bahan bacaan yang telah dikategorikan, iaitu bahan bacaan fiksyen dan bukan fiksyen.

Bahan bacaan fiksyen berbentuk bahan bacaan ringan seperti novel, cerpen dan cerita dongen. Kebiasaannya, golongan kanan-kanak tertarik dengan buku cerita kerana memuatkan cerita yang mencuit hati mereka. Sementara itu, golongan dewasa lebih cenderung membaca novel dan cerpen kerana mereka ini memiliki perasaan terntentu dalam menyelami isi novel tersebut.

Bahan bukan bacaan fiksyen pula merujuk kepada bahan bacaan berbentuk ilmiah misalnyabuku rujukan, buku agama, buku falsafah dan bahan ilmiah yang lain dalam memberi pengetahuan kepada pembaca. Buku ilmiah ini bersesuaian dengan semua peringkat umur.