beware

Wednesday, 15 May 2013

DEFINISI MEMBACA


Apa itu bacaan?

Menurut Raminah Hj. Sabran & Rahim Syam (1985;137) membaca dianggap sebagai menggabungkan beberapa kemahiran iaitu kemahiran penglibatan yang diskriminatif (untuk mengenal & membezakan bentuk-bentuk huruf), kemahiran mengingat, mendengar, & membezakan bunyi-bunyi yang dilambangkan oleh huruf-huruf, menggabungkan penyebutan bunyi-bunyi itu untuk membentuk perkataan & berkebolehan pula memindahkan lambang-lambang yang dibacanya itu kepada sistem saraf pusat untuk menterjemah & memahami apa yang dibaca. Membaca juga merupakan proses memperoleh tafsiran yang bermakna ke atas lambang-lambang bercetak dan bertulis (Harris & Sipay, 1980). Membaca ialah proses mencari makna. Anda belum membaca selagi anda tidak memahami (Safiah Othman, 1991). Membaca dapat membina jambatan antara pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru yang terletak di permukaan bertulis (Mahzan Arshad, 2003).

Membaca didefinisikan sebagai proses memperoleh tafsiran yang bermakna ke atas lambang-lambang bercetak atau bertulis. Membaca juga dimaksudkan sebagai kebolehan seseorang mengecam bentuk visual dan menghubungkan bentuk itu dengan bunyi ataupun makna yang diketahui melalui pengalaman dan akhirnya berupaya mentafsirkan maknanya. Membaca adalah asas pembentukan diri ke arah mendapatkan ilmu pengetahuan yang boleh menjadikan individu sebagai rujukan sama ada kepada diri sendiri ataupun orang lain. 

No comments:

Post a Comment